Apr 11, 2009

~~Aku malas~~

Assalamualaikum....
Dah dekat seminggu aku meninggalkan blog aku ni. penyebab utama dia adalah java aka tcpip prgramming. penat otak aku mencerna coding2 utk setiap assignment tu. terlalu penat sehingga aku rase mcm nk muntah bila bt bnda tu lame2 n duduk depan laptop aku ni 12jam tnpa henti. alhamdulillah java tu berjaya n dh siap present.

so skrg ni projek sterusnya pula yg akn mengambil alih tempat java, iaitu network multimedia, tp mlshnya skrg ni aku ada stu sikap yg membuatkn aku sukar utk melaksanakan keje aku dgn jayanya

punca utamanya ialah "AKU MALAS"... knp la aku jd mcm ni, huhuhu. adoi, aku pon xthu knp, tp to be honest aku mmg xda prasaan nk mula bt projek ni. dri smlm aku baca tntg requirement projek tu, tp aku msih x phm ape yg perlu aku lakukan. dh la soalan tu dlm bm. sukar btol aku nk phm.

ada lg stu bnda yg aku mls nk buat, PSM aku. dh dkt 2mgu xda progress, n aku jugak dh dkt 3mgu xjmpa apai. xthu la ape nk jd. dh la trikh present dia 22hb ni. dh dkt sgt ni. terlalu dekat n terlalu suntuk. sehingga membuat nafas aku sesak bila pkir bnda ni. aku bkn xnk bt bnda ni. tp stiap kali aku nk g pinjam peralatan utk digunakan dgn sistem aku ni, msti technician tu xda. dh dkt 2mgu aku xberjaya pinjam brg. dh la skrg ni aku dh smkin jrg ke kmpus, almaklumlah byk klas yg dh abes. so mase aku kt kmpus dh semakin terhad. nk cri pengurus mkmal pon slalu probs, tmbh lg technician xda. so aku pnya sikap malas smkin menjadi2. xthu nk ckp samada sistem aku dpt siap 80% atau x. YA ALLAH bantulah hamba mu yg lemah ini. permasalahan utama aku skrg ni, mcm mne nk hapuskan sikap mls ni. aku nk siapkn psm ni. tp aku dh kematian idea, xthu mcm mne nk implement coding tu dlm sistem aku. n aku dpt rasekan yg aku mcm xdpt nk mencapai objektif2 yg ada dlm proposal psm aku tu.

"MALAS... adalah satu penyakit sebenarnya.. bagi orang yang mempunyai sikap malas ini sebenarnya dia tidak ada kesungguhan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai apa jua peluang, rezeki, masa depan, lain-lain yang diimpikannya."
aku copy n paste ayat ni dri website mne tah. tp dlm tu bgthu malas ni stu penyakit. so kalo penyakit msti ada ubatnya kan. dkt sini, bkn aku xnk berusaha dgn gigih, tp ada halangan yg hrus aku tempuhi utk mencapai matlamat aku ni. kepenatan dlm berusaha. stu yg aku pasti, aku kna kluar dri sikap malas ni.

aku perlu rajin.
aku harus rajin.
aku wajib jd rajin

RAJIN vs MALAS
InsyaALLAH, sesungguhnya ALLAH sentiasa menolong hambanya yg x mengenal erti putus asa.

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger